κιƨαн ρɛя∂αиα мɛитɛяι ρɛятαмα :)
Okey , kali ni sedang-2 aku belek-2 buku rujukan aku and then terjumpe lah entry kisah-2 perdana menteri kita ni .But , stengah je lah aku jumpe , yang selebihnya takde , k . So,aku tknk lah duk diam je , nak share lah jugak kat kawan-kawan setia aku nih :) and then , Terus aku capai laptop and nak ceritakan kat blog kesayangan aku ni ..
1.Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
👉 Beliau merupakan putera kepada Sultan Halim Halimshah , Sultan Kedah yang ke-24.
👉 Dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat , Alor Setar , Kedah .
👉 Pendidikan formal Tunku Abdul Rahan bermula ketika berusia enam tahun di sekolah Melayu dan seterusnya di sekolah Inggeris yang kini dikenal sebagai Kolej Sultan Abdul Halim. Kemudian YTM Tunku Abdul Rahman dihantar belajar di Sekolah Debsirinder , Bangkok . Selepas penjaga beliau di Bangkok meninggal dunia , beliau menyambung pelajaran di Penang Free School di Pulau Pinang.
👉 Pada tahn 1925,YTM Tunku Abdul Rahman menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dari St.Catherine's College, University Cambridge.Selepas itu ,beliau meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang di Inner Temple , England .
👉 Pada tahun 1949 beliau menjadi pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah,dan pada 26 Ogos 1950 telah dipilih sebagai Presiden UMNO setelah Dato' Onn Bin Jaafar meletak jawatan.
👉 Pernah terbabit dalam perundingan dengan ketua kanan Parti Komunis Malaya , Chin Peng di Baling pada 18 Disember 1955 bagi menamatkan darurat, namun perundingan tersebut gagal.
👉 Pada 13 Januari 1956 , YTM Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan rundingan Merdeka yang disertai oleh empat orang wakil Raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan di Lancester House dan akhirnya pada 8 Februari 1956,beliau telah menandatangani Perjanjian Merdeka .
👉 Penglibatan YTM Tunku Abdul Rahman dalam usaha memerdekakan negara telah menyebabkan beliau digelar Bapa Kemerdekaan Negara dan jasa-jasa beliau tetap dikenang setiap kali menjelanng Hari Kebangsaan.
👉 Dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama selepas negara mencapai kemerdekaan dari tahun 1957 hingga beliau bersara pada tahun 1970.
👉 YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Diraja Langgar , Alor Setar.